Mengenai Kami
Kumpulan penyelidik kami dari FKI UMS di bawah Language Engineering and Application Development (LEAD) dan Knowledge Technology Research Unit (KTRU) telah mengambil inisiatif untuk membina sistem terjemahan teks Kadazandusun ke Bahasa Melayu dan sebaliknya. Ini kerana sebelum ini tidak ada sistem yang dapat menterjemah satu ayat panjang secara automatik melainkan terjemahan satu perkataan daripada kamus (buku atau aplikasi dalam talian).
Kami mempunyai minat dan menyedari akan kepentingan sistem seperti ini untuk menyokong kelestarian Bahasa Kadazandusun di negeri Sabah khususnya. Ia juga adalah bertujuan untuk menambah lagi kandungan digital alternatif kepada penggunaan bahasa sama ada di peringkat pendidikan rendah, menengah atau universiti.
Dengan itu, adalah harapan kami agar pembangunan KADUMALIN akan dapat memberikan impak penting dan menjadi rujukan utama dalam terjemahan berkomputer. Walaupun KADUMALIN belum dapat melakukan terjemahan yang betul dan lengkap, namun kami komited dengan usaha untuk meningkatkan keupayaan sistem ini dari semasa ke semasa.
Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak UMS atas sokongan dan pemberian geran di bawah Skim Geran Inovasi (SGI-UMS) bagi menjalankan kajian dan pembangunan inovasi teknologi maklumat dalam bidang "Indigenous Culture & Language".
Mengenai KADUMALIN
KADUMALIN ialah ringkasan gabungan antara KADAZANDUSUN dan DUMALIN. Perkataan 'DUMALIN' dalam Bahasa Dusun membawa maksud "mengisi', 'menyalin' atau 'mengganti'.
Tujuan sistem ini dibangunkan adalah untuk menambah nilai kandungan dalam Bahasa Kadazandusun yang dapat digunakan oleh komuniti amnya serta pelajar peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi. Setakat ini, berikut adalah apa yang boleh dilakukan oleh KADUMALIN:
Ada komen dan cadangan? Klik sini.
Versi 1.5 (2023-2024)
Versi 1.4 (21/10/2020)
Versi 1.3 (14/05/2020)
Versi 1.2 (25/10/2019)
Versi 1.1 (20/9/2019)
Versi 1.0 (1/1/2019)
[Versi 1.4] Hakcipta (c) 2018-2023. Language Engineering and Application Development (LEAD), FKI UMS